Hospital Sultanah Bahiyah Cari Waris Warga Emas

Mohd Zain Zainol
ALOR SETAR - Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) sedang mengesan waris seorang warga emas yang meninggal dunia di hospital itu, baru-baru ini.

Mohd Zain Zainol, 62, dimasukkan ke HSB pada 1 Ogos lalu, dan meninggal dunia pada jam 10 pagi, 2 Ogos lalu kerana menghidap penyakit angin ahmar.

Menurut jurucakap Jabatan Perubatan Forensik HSB, sebelum itu polis mengesan alamat terakhir jenazah di 511, Jalan Lumpur, Alor Setar, tetapi gagal menemui warisnya hingga disimpan sementara waktu di HSB.

Pihak Jabatan Perubatan Forensik berharap waris yang mengenali warga emas terbabit dapat datang ke hospital berkenaan pada bila-bila masa supaya dapat membuat pengecaman dan menuntut untuk dikebumikan.

Sumber: Sinar Harian