PASANGAN ibu dan anak yang saling mencintai ini akan terus mempertahankan cinta terlarang mereka walaupun telah mendapat perintah mahkamah agar mereka menjauhkan diri antara satu sama lain.
Monica Mares; 36, dan anaknya yang berusia 19 tahun, Caleb Peterson akan berhadapan dengan dakwaan melakukan sumbang mahram di sebuah mahkamah tempatan di Clovis, Amerika Syarikat.
Jika disabitkan bersalah, kedua-duanya boleh dihukum penjara maksimum 18 bulan.
Pasangan ibu dan anak ini bagaimanapun berpendapat bahawa hubungan yang dijalinkan mereka adalah tidak salah kerana ia merupakan simptom Tarikan Seks Genetik (Genetic Sexual Attraction atau GSA).
Mereka malah mahu menjadikan hubungan tersebut sebagai sesuatu yang sah di sisi undang-undang.
Monica melahirkan Caleb ketika usianya baharu mencecah 16 tahun dan selepas itu terpaksa menyerahkan anaknya kepada sebuah keluarga angkat.
Mereka hanya berjumpa kali pertama pada perayaan Krismas tahun lalu selepas ‘berjejak kasih’ menerusi laman sosial Facebook.
Selepas pertemuan itu, Caleb berpindah ke rumah ibunya dan lama kelamaan menyemai perasaan cinta terhadap Mares kerana wanita itu sangat mengambil berat mengenai dirinya.
“Sebelum ini tak pernah lagi ada seseorang yang mengambil berat mengenai saya, masakkan makan minum saya.
“Selepas seminggu duduk bersama, baru saya menyedari bahawa saya ada perasaan terhadap ibu saya sendiri.”
Ibu kepada sembilan anak itu berkata dia sanggup kehilangan anak-anaknya yang lain sekiranya pihak mahkamah memintanya membuat pilihan sama ada memilih untuk bersama Caleb atau pun anak-anaknya yang lain.
“Ketika kami pertama kali berpegangan tangan, ia membawa kepada ciuman ghairah sehingga membawa ke hubungan asmara.
“Saya berasa sangat selesa dengannya dan dari hari ke sehari perasaan cinta di antara kami semakin bercambah,” dedah Monica. –Kedahnews.com