Ibu Hamil Gugurkan Kandungan Sebab Janin Macam "Duyung"


BEIJING – Seorang wanita di Yichang, wilayah Hubei, memutuskan menggugurkan kandungannya berusia enam bulan selepas mendapati janin berkenaan seperti ikan duyung kerana kaki terbentuk seperti ekor.

Wanita berusia 23 tahun itu dikenali sebagai Wu, mengesan keganjilan pada kandungannya selepas melakukan imbasan menunjukkan ia tiada dua kaki, sebaliknya seperti ekor yang tumbuh serta tiada pundi kencing dan hati terbantut pembesaran.

Menurut doktor, kandungannya itu mengalami keadaan dipanggil sirenomelia atau ‘Sindrom Mermaid’ yang kedua-dua kaki bercantum menyebabkan ia kelihatan seperti ekor duyung yang berkemungkinan berlaku satu bagi setiap 100,000 kehamilan.

Wu memutuskan menggugurkan kandungannya kerana yakin bayi berkenaan tidak akan berpeluang hidup selepas dilahirkan.

Seorang kanak-kanak Amerika Syarikat, Shiloh Pepin, digelar ‘Budak Duyung’ kerana mengalami keadaan yang sama, menjalani 150 pembedahan selepas dilahirkan sebelum meninggal dunia ketika berusia 10 tahun pada 2009. – Daily Mail