Imam Antara Terbunuh Dalam Serangan Di Masjid New York


NEW YORK – Seorang imam dan lelaki yang tidak dikenali ditembak di kepala sebelum meninggal dunia dalam serangan di bandar raya ini, dengan motif kejadian masih tidak jelas.

Bunyi tembakan kedengaran kira-kira jam 2 petang waktu tempatan berdekatan sebuah masjid di Ozone Park di kawasan kejiranan Queens.

Kedua-dua lelaki itu kemudian dibawa ke Hospital Jamaica yang berhampiran di mana imam, Maulama Akonjee, 55, diisytiharkan meninggal dunia, kata jurucakap Pejabat Timbalan Komisioner Polis New York.

Lelaki yang tidak dikenali yang berusia 64 tahun turut meninggal dunia selepas mengalami kecederaan akibat serangan itu. Polis berkata, motif kejadian masih tidak diketahui.

“Tiada apa daripada hasil siasatan awal mengenai petunjuk serangan ini dan mereka menjadi mangsa sasaran,” kata jurucakap polis kepada wartawan.

Kedua-dua mangsa dipercayai berdepan dengan sekumpulan suspek yang ramai sebelum penyerang beredar selepas melepaskan tembakan, kata polis.

Sementara itu, polis sudah mengenal pasti mangsa lelaki yang bersama imam berkenaan iaitu rakannya, Tharam Uddin, 64. Kedua-dua mereka ditembak di belakang kepala selepas meninggalkan Masjid Jame Al-Furqan, kira-kira jam 2 petang bagi menunaikan solat. – AFP