COPENHAGEN- Sebuah masjid pertama yang diketuai wanita dibuka secara rasmi di sini dengan mengadakan solat Jumaat yang diimamkan oleh wanita.
Lebih 60 wanita memenuhi Masjid Mariam di tengah bandar ibu negara Denmark ini untuk menunaikan solat berkenaan yang diimamkan oleh Saliha Marie Fetteh sementara Sherin Khankan menjadi bilal.
Selain menjadi imam, Saliha juga membaca khutbah bertema ‘Wanita dan Islam dalam dunia moden’.
Menurut laporan, sebahagian mereka yang hadir ialah peganut agama lain atau tidak ada agama.
Masjid itu dibuka secara tidak rasmi Februari lalu dan ia mengambil masa enam bulan untuk melakukan persiapan sebelum solat Jumaat pertama dapat diadakan.
Bagaimanapun, sepanjang beberapa bulan lalu, lima perkahwinan sudah dilangsungkan di masjid itu dan tiga lagi dalam senarai menunggu – termasuk beberapa perkahwinan antara penganut agama berbeza.
Masjid itu dikatakan merangka piagam perkahwinannya sendiri berdasarkan empat prinsip penting – poligami bukan pilihan, wanita berhak untuk menceraikan suami, perkahwinan akan terbatal jika berlaku keganasan psikologi atau fizikal dan jika berlaku perceraian, wanita mempunyai hak yang sama terhadap anak.
Sherin yang berasal dari keluarga pelarian Syria – bapa Islam, ibu Kristian – berkata, masjid itu berhasrat mencabar penguasaan kaum lelaki dalam Islam dan mengaku mendapat tentangan daripada anggota keluarga dan rakan mengenai hasratnya menjadi imam.
Dia tidak menutup kepalanya kecuali ketika sembahyang dan itu katanya, adalah fahamannya mengenai ajaran Islam. – Agensi