Warga Myanmar bersama anaknya antara yang ditahan. |
ALOR SETAR - Seramai 16 warga asing termasuk empat kanak-kanak ditahan oleh Jabatan Imigresen dalam Ops Ikrar, baru-baru ini.
Pengarah Imigresen Kedah, Mohd Rizal Abidin berkata, operasi berkenaan dijalankan pada jam 12.20 tengah hari dan diketuai oleh Timbalan Penolong Pengarah Kanan (TPPK) Marlis Marhaini Abd Rashid bersama sembilan pegawai.
“Pemeriksaan dilakukan ke atas dua buah rumah di Kepala Batas, Jitra dan hasil pemeriksaan awal, seorang lelaki Bangladesh, empat lelaki dan seorang wanita Myanmar bersama seorang anaknya ditahan,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, kesemua suspek berusia antara dua hingga 35 tahun itu disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 9159/63 kerana tidak memiliki pas dan dokumen perjalanan yang sah.
“Seterusnya pemeriksaan beralih kepada sebuah premis yang terletak di Flat Setia Jaya dan hasil pemeriksaan berjaya menahan sembilan lagi suspek, iaitu empat lelaki, dua wanita dan tiga kanak-kanak yang merupakan warganegara Myanmar," katanya.
Sumber: Sinar Harian