Ingatkan Syampu, Tapi Rupanya "Hair Removal"


Seorang gadis, Kelsey Connor dari Massachusetts, England, terkenal seluruh dunia apabila kisahnya "hilang" rambut viral diperkatakan hanga gara-gara sebotol "syampu".

Difahamkan bahawa dia mulanya mahu rambutnya nampak bersih dan berniat mahu mencuci rambut sebagaimana gadis lain.

Namun begitu, Kelsey dikatakan tersilap memegang botol syampu dan terambil krim ‘hair removal’ secara tidak sengaja.

Padahnya, krim itu membuatkan rambutnya hilang sebahagian dan botak di tengah.

Malangnya, gambar Kelsey jadi viral setelah dimuat naik oleh kakaknya, Kaylar Conner di laman sosial, Twitter.

Gara-gara insiden itu, Kelsey yang sebelum ini ayu dengan rambut panjangnya terpaksa bertukar imej bergaya rambut seperti lelaki buat sementara waktu menanti rambutnya pulih seperti sediakala.

Walaupun Kelsey terpaksa merelakan semua rambutnya dicukur habis oleh krim tersebut, namun rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap nasib yang menimpa Kelsey.

Pastinya, insiden ini menjadi igauan ngeri buat Kelsey dan sikap kakaknya itu tidak wajar dicontohi oleh mana-mana kakak pun di dunia ini. –Kedahnews.com