DEMI memikat cinta, seseorang itu rela melakukan apa sahaja.
Begitulah yang dilakukan oleh seorang wanita yang juga ibu tunggal dari Australia berusia 55 tahun.
Menurut Bambi Smyth, dia memberi alasan agak sukar untuk menjalinkan hubungan serius dengan lelaki di negaranya, menyebabkan wanita itu mengembara mengelilingi dunia untuk mencari teman baharu.
Anda mungkin tidak percaya, Bambi telah melawat 22 negara selama 81 hari.
Dia juga mengaku telah menjalinkan hubungan intim dengan 75 lelaki yang berbeza-beza.
Perjalanan cintanya yang berbelah bahagi kerana jarang berlaku kepada wanita lain, namun dia sempat lagi menulis kisah tersebut dalam sebuah buku berjudul ‘Men on the Menu‘.
Bambi adalah seorang penulis profesional yang tidak malu mendedahkan kisah pengembaraan cintanya bermula kisah pertemuan dengan seorang lelaki dari Itali, jutawan Rusia, dan gigolo Sepanyol. -Kedahnews.com