Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Nor Rashid Ibrahim memberi amaran kepada sesiapa sahaja yang cuba memasuki di mana-mana balai polis di seluruh negara bagi tujuan memburu Pokemon Go.
Tegas beliau, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang berdegil dan enggan mematuhi larangan tersebut.
"Selain balai polis, kawasan-kawasan di Bukit Aman, ibu pejabat kontinjen (IPK), ibu pejabat polis daerah (IPD) dan pondok polis adalah dilarang sama sekali kepada orang ramai daripada dimasuki semata-mata untuk sertai permainan ini.
"Kawasan-kawasan ini adalah tempat awam dan tempat pihak polis menjalankan tugas. Pihak polis tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan jika ada individu yang dikesan bermain permainan itu," kata Nor Rashid, memetik kenyataannya kepada China Press, semalam.
Bagaimana pun menurut Timbalan Ketua Polis Negara itu, pihak polis belum menerima laporan adanya orang awam yang menceroboh balai polis atau rumah kediaman untuk buru Pokemon Go hingga kini.
Justeru itu beliau berharap agar orang ramai perlu lebih berfikiran matang dan tidak melanggar undang-undang sekiranya ingin bermain permainan yang menjadi kegilaan di seluruh dunia ketika ini. -Kedahnews.com