Jenayah "Tuhan Harun" Selamat Dikebumikan


BATU TALAM - Jenazah ketua ajaran sesat 'Ajaran Harun', Harun Mat Saat, 50, selamat dikebumikan kira-kira 12.30 tengah hari semalam di Tanah Perkuburan Kampung Batu Talam, Raub di sini.   

Hampir 100 orang menghadiri pengebumian Allahyarham.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 5.15 petang kelmarin selepas dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) semasa menjalani pemeriksaan kesihatan bagi keupayaannya memberi keterangan membeza diri di mahkamah Tinggi Kuantan, 22 Ogos ini.

Abang kepada Allahyarham, Datuk Abdul Rahman, 59, berkata kehilangan dirinya amat dirasai oleh seluruh ahli keluarga dan sahabat handai arwah.

Menurutnya, kali terakhir beliau bertemu dengan arwah adalah semasa arwah di penjara baru-baru ini.

"Semasa berjumpa dengannya di penjara waktu itu pun dia sudah ada penyakit strok dan kencing manis.

"Tidak sangka itulah kali terakhir saya bertemu dengan arwah dan semasa bertemu dengan arwah Kami banyak bercerita mengenai kenangan sewaktu kecil-kecil dahulu," katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Sementara itu, Harun meninggalkan tiga isteri dan isteri ketiganya, Azida Mohd Zol, 33 yang juga kini dihukum penjara.

Beberapa kakitangan Pejabat Agama Daerah dan polis turut kelihatan ketika upacara pengebumian.

Saudara mara dan sahabat handal arwah juga turut memenuhi kawasan perkuburan tersebut.

Sumber: Sinar Harian