ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah membidas dakwaan yang mengatakan kemenangan Barisan Nasional (BN) yang merampas negeri Kedah dari PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-13 yang lalu hanya kerana parti itu bersandarkan kepada Datuk Seri Mukhriz Mahathir seorang sahaja.
Malah katanya, kemenangan BN ketika itu adalah disebabkan faktor muafakat di kalangan Ketua-Ketua UMNO Bahagian, sayap-sayap jentera parti, Adun-Adun dan seluruh pejuang BN yang bersatu, bukan kerana seorang individu semata-mata.
Membidas pandangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kubang Rotan, Nasir Mustafa, di sidang DUN Kedah semalam, Ahmad Bashah mengatakan pandangan Adun PAS itu tidak lebih dari persepsi 'orang luar' sahaja.
"YB Kubang Rotan (Nasir) dok di luar, jadi sebenarnya YB Kubang Rotan tak tau pun sama ada dia (Mukhriz) tu menjadi sandaran. Kita dok dalam (BN) ni kita taulah jadi sandaran atau tidak. Itu pandangan YB saja.
"Yang sebenarnya, kita bersandarkan pada semua yang ada di sini," tegasnya sambil menunjuk ke arah semua Adun BN yang berada di dalam dewan berkenaan sambil disambut dengan sorakan dan tepukan sokongan dari Adun-Adun tersebut.
Ahmad Bashah menegaskan, adalah mustahil bagi BN untuk menang menewaskan PAS di Kedah jika hanya bersandarkan pada seorang individu sahaja seperti yang dikatakan Nasir.
"Kalau satu seorang, confirm tak boleh menang.
"Semua Ketua Bahagian, semua ahli, semua yang dok ada ni, kita bersandarkan kepada kekuatan yang kita ada. Kita tak bergantung pada satu orang," tegasnya lagi, membidas dakwaan tersebut.
Ahmad Bashah berkata demikian ketika mengggulung perbahasan menjunjung titah kasih ucapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Sallehhuddin Sultan Badlishah, pada sidang Dun Kedah, di sini, semalam.
Para penyokong taksub Mukhriz sebelum ini menyebarkan persepsi mendakwa kononnya BN kembali merampas kerajaan negeri Kedah hanya kerana BN menamakan Mukhriz sebagai Menteri Besar pada PRU ke-13 yang lalu. -Kedahnews.com