PELAKON Kamal Adli, 30, meminta media dan orang ramai tidak mendapatkan sebarang berita tentang hubungannya bersama Emma Maembong menerusi orang luar yang hanya memburukkan lagi keadaan.
Menurut Kamal, dia sudah berjumpa dengan Emma selepas pulang dari penggambaran di Barcelona beberapa hari lalu bagi memperbaiki hubungan mereka yang dikatakan sedang berdepan dengan masalah sejak minggu lalu.
“Tentang hubungan saya dan Emma, jangan dengar cakap orang luar. Selagi belum keluar dari mulut kami sendiri, bermakna hubungan kami masih belum berakhir.
“Saya dan Emma sudah berjumpa dan kami sedang berusaha untuk memperbaiki hubungan ini,” katanya kepada mStar Online.
Tambahnya, dia sudah penat untuk melayan berita berkaitan hubungan dan kisah cintanya bersama Emma.
“Saya sudah letih nak melayan cerita begini, biarlah apa orang nak cakap tentang hubungan kami tetapi jika betul saya sudah putus dengan Emma, saya akan beritahu sendiri,” katanya. –Kedahnews.com