SUNGAI PETANI – Seorang kanak-kanak perempuan dua tahun ditemui mati dipercayai akibat didera dengan kesan lebam seluruh badan termasuk atas kepala dan retak pada tulang bahu kanan.
Mangsa dikatakan telah dibawa oleh ibunya sendiri, berusia 22 tahun dari Amanjaya, Sungai Petani ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) kira-kira jam 9.40 malam 10 Ogos lalu.
Pemeriksaan doktor mendapati kemungkinan mangsa didera berdasarkan kesan lebam yang turut terdapat pada bahagian perut dan kemaluan.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, pihaknya menerima maklumat dari Zon Merah HSAH mengatakan kemungkinan kanak-kanak itu meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital.
Menurutnya, siasatan mendapati terdapat kesan lebam baru dan lama di seluruh badan mangsa termasuk di atas kepala.
“Berdasarkan hasil semakan mendapati mangsa juga pernah didera pengasuh pada 9 Januari lalu dan pengasuh juga telah didakwa pada 1 Februari 2016,” katanya.
Katanya, polis telah menahan ibu mangsa serta seorang lelaki berusia 24 tahun dipercayai teman lelaki ibunya untuk siasatan.
Kedua-dua suspek direman bermula 11 hingga 17 Ogos 2016.
Sumber: Sinar Harian