PELIK campur bingung.
Usianya baru empat tahun namun wajahnya dan badannya tidak ubah seperti seorang datuk.
Demikianlah yang berlaku kepada seorang kanak-kanak di Bangladesh yang mengalami kulit berkedut dan nampak mengendur.
Bayzid Sikder disahkan mengalami penyakit aneh itu semenjak lahir lagi. Namun, sehingga kini, doktor sendiri tidak dapat mengdiagnosis penyakit yang dihidapi Bayzid.
Selain itu, kanak-kanak kecil ini juga mempunyai penyakit organ yang lain.
“Hati dan ginjalnya tidak berfungsi sempurna dan kerana itu dia pun mengalami masalah buang air kecil, saat ini pun dia sudah tak kencing sekian lama,” kata ibunya, Tripty Begum.
Ibu bapa ini turut berusaha merawat anaknya itu namun tiada seorang pun doktor mampu memberi penjelasan.
Dalam pada itu, Begum mengakui pernah mengalami tekanan perasaan apabila melihat anaknya hingga terfikir untuk mengabaikan Bayzid.
Tetapi, akhirnya dia sedar anaknya itu juga manusia yang mempunyai hak untuk hidup normal.
Menurut Begum, ramai yang takut apabila melihat anaknya dan ada juga yang mengejeknya. –Kedahnews.com