KUALA LUMPUR – "Saya mempunyai satu unit pasukan khas dari kontinjen polis Johor yang sentiasa mengiringi pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) ketika perlawanan di laman sendiri mahupun di tempat lawan.
"Saya telah menerima laporan daripada mereka dan telah menelitinya, ternyata ia yang amat berbeza dengan laporan yang dikeluarkan pihak media cetak dan media sosial."
Itu reaksi Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim selaku pemilik pasukan JDT berhubung insiden kekecohan yang berlaku di Stadium Ipoh, Perak membabitkan penyokong JDT dan Perak dalam aksi Liga Super 2016 baru-baru ini.
Kata baginda, cerita sebenar berhubung kejadian itu telah ditokok-tambah di media cetak dan media sosial bagi mensensasikannya dan meletakkan punca kekecohan itu semata-mata daripada pihak penyokong JDT.
“Saya sarankan untuk mendengar laporan dari kedua-dua pihak terlebih dahulu dan tidak menuding jari sesuka hati kepada satu pihak sahaja,” katanya dalam satu wawancara yang disiarkan di laman Facebook rasmi JDT, Johor Southern Tigers hari ini.
Tunku Ismail seterusnya berkata, baginda berpandangan kira berapa banyak perkara baik yang dilakukan oleh JDT akan sentiasa dianggap sebagai jahat dan salah oleh sebilangan pihak.
Baginda menerangkan, pasukan dan penyokong JDT menjadi mangsa di Perak sejak insiden di Stadium Lumut hingga kelmarin.
“Setiap kali kami pergi ke Perak, kami akan sentiasa menghadapi masalah. Kami juga bukanlah satu-satunya pasukan yang menghadapi masalah itu kerana pasukan seperti Selangor, Sarawak dan Kuala Lumpur juga menghadapi nasib yang sama.
“Jadi, saya tidak terkejut dengan masalah ini lagi. Kini Bangsa Johor terkejut apabila cerita sebenar telah diolah malah ditambah-tambah lagi untuk menyedapkan cerita dan menyebelahi satu pihak, dengan media dan laman media sosial menyebelahi pihak mereka,” kata baginda.
Justeru, kata Tunku Ismail, baginda tidak perlu memperjelaskan tentang insiden itu atau mengambil peduli lagi tentang dakwaan yang dilemparkan ke atas JDT dan meminta penyokong JDT membiasakan diri dengan senario itu.
“Ini adalah kerana apabila seseorang tidak menyukai anda, tidak kira berapa banyak perkara baik yang anda lakukan, anda tetap dianggap jahat. Oleh itu, tidak perlu dijelaskan lagi. Biasakan diri dengannya,” kata baginda.
Dalam insiden tersebut, ramai pihak menyalahkan penyokong JDT sebagai punca kekecohan kerana menimbulkan provokasi dengan melaungkan `chant’ Perak Bangsat. -Kedahnews.com