Ketahui Keistimewaan Surah Al-Kahfi Dari Sabda Rasulullah SAW


Sabda Rasulullah SAW di dalam hadis baginda;
“BARANGSIAPA yang membaca surah Al Kahfi pada malam Jumaat, dia akan disinari cahaya antara dia dan Kaabah.” [HR. Ad Darimi. Syaikh Al Albani mengatakan bahawa hadis ini sahih sebagaimana dalam Shohihul Jami’ no. 6471]
Kemudian, dalam satu lagi hadis Rasulullah SAW bahawa baginda bersabda;
“Barangsiapa yang membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.” [HR. An Nasa’i dan Baihaqi. Syaikh Al Albani mengatakan bahawa hadis ini sahih sebagaimana dalam Shohihul Jami’ no. 6470]
Malah dari Abu Darda’ radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda;
 “Siapa yang menghafal sepuluh ayat pertama dari surat Al-Kahfi, maka dia akan terlindungi daripada Dajjal.” [HR. Muslim no. 809]
Dalam riwayat lain pula disebutkan:
 “Dari akhir surat Al-Kahfi.” [HR. Muslim no. 809]
Imam Nawawi rahimahullah berkata: “IMAM SYAFIE dalam Al-Umm dan Al-Ashaab berkata DISUNNAHKAN membaca surat AL-KAHFI pada HARI JUMAAT dan MALAM JUMAAT.” [Al-Majmu’, 4:295] –Kedahnews.com