JITRA - Kedah akan mengkaji semula peraturan sebelum ini yang memberikan kuasa kepada kerajaan negeri merampas tanah yang diusahakan tanaman pokok ketum atas tanah milik kerajaan negeri.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, arahan rampasan tanah yang diputuskan sebelum ini akan dilihat secara terperinci sama ada sesuai dikuatkuasakan atau sebaliknya.
“Kita akan kaji semula perincian melibatkan kes ketum di negeri ini, jika ada. Tiada perincian dibuat oleh pentadbiran sebelum ini. Bagaimana pun, kerajaan negeri tegas mahu membanteras gejala tidak sihat seperti ini, melalui penguatkuasaan undang-undang sedia ada,” katanya, selepas merasmikan sambutan Hari Koperasi Negara peringkat negeri Kedah, di Dataran Darulaman, kelmarin.
Sebelum ini, pada Jun 2014, kerajaan negeri mengeluarkan amaran merampas tanah yang dijadikan ladang ketum dalam usaha mengekang penyalahgunaan air ketum.
Menteri besar ketika itu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menegaskan, terdapat seksyen dalam Kanun Tanah Negara memperuntukkan kerajaan negeri boleh merampas tanah yang melanggar syarat seperti tanah sawah yang dijadikan ladang ketum.
Ketika ditanya sama ada peraturan itu masih terpakai di Kedah, Ahmad Bashah berkata, perkara itu akan disemak untuk disesuaikan dengan perkembangan semasa.
“Kedah tidak mengiktiraf tanaman pokok ketum di negeri ini termasuk kemungkinan wujudnya ladang ketum yang diusahakan secara haram. Sekiranya kegiatan itu dikesan, kita tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas dengan merujuk kes kepada perundangan sedia ada,” katanya.
Menurutnya, sekiranya terdapat aduan wujudnya tanaman atau ladang haram ini, pihaknya akan menggunakan peruntukan undang-undang dan menyerahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
“Terdapat banyak tanaman lain yang boleh diusahakan yang mampu menyumbang pendapatan lebih kepada pengusahanya. Banyak lagi tanaman lain yang ada pasaran tinggi, kenapa mahu fokus kepada ketum yang tiada manfaatnya,” katanya.
Ahmad Bashah sekali lagi menegaskan pendirian Kedah yang menolak cadangan penanaman Ketum untuk dikomersilkan mahupun untuk pasaran eksport.
Sumber: Sinar Harian