Esmimi Elias bersama Haikal Faiz (kanan) dan salah seorang lagi muridnya. |
BALING - Seperti kanak-kanak lain, dia juga teruja untuk menikmati aiskrim, namun setiap kali loceng rehat dan pulang berbunyi, keinginan itu terpaksa dilupakan kerana ketiadaan wang.
Hasrat murid, Haikal Faiz Ahmad Jusoh, 11, dari Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Pegang itu akhirnya diketahui guru sekolah berkenaan.
Bagi memenuhi hasrat murid berasal dari keluarga kurang berkemampuan itu, pihak sekolah mengambil inisiatif menyediakan aiskrim percuma kepada seluruh murid sempena program Craving Smile With Little Bos Ice Creame dengan kerjasama Syarikat Little Boss Ice Cream, semalam.
Menurut guru sekolah berkenaan, Esmimi Elias, pihak sekolah terpanggil mengadakan program itu selepas kisah hidup murid itu 'terbongkar'.
Katanya, pihak sekolah menziarahi sendiri keluarga Haikal Faiz selepas hasratnya untuk menikmati aiskrim disampaikan rakan baiknya kepada salah seorang guru lain.
“Ada ustazah Bahasa Arab yang mengajar Haikal Faiz maklum kepada saya keinginan murid tersebut.
“Rasa agak pelik kerana dia tidak mampu untuk membeli aiskrim, jadi dan guru-guru lain sepakat ke rumahnya.
“Namun bila sampai ke sana kami terkejut melihat keadaan rumahnya, saya sendiri tidak dapat menahan air mata ketika itu,” katanya.
Tambahnya, Haikal Faiz seorang yang pendiam itu juga didapati ada kalanya tidak membawa wang saku.
“Kadang kala dia bawa duit belanja, kadang kala hadir dengan poket kosong. Ibu bapanya hanya bekerja kampung,” katanya.
Beliau berkata, tersentuh dengan kehidupan muridnya itu, pihak sekolah akhirnya bersetuju mengadakan jamuan aiskrim untuk semua murid.
“Jamuan aiskrim pada hari ini diadakan bagi merealisasikan impian Haikal Faiz merasai aiskrim,” katanya.
Dalam pada itu, Esmimi Elias berharap ada pihak tampil membantu anak sulung daripada empat beradik itu.
“Harap ada pihak sudi tampil membantu murid ini dari segi kewangan atau peralatan sekolah.
“Prestasinya di sekolah menunjukkan kemajuan, tahun lepas dia berada di kelas terhujung, tetapi tahun ini Haikal berjaya berada di kelas nombor tiga,” katanya.
Manakala, Haikal Faiz berkata, dia gembira dengan jamuan yang disediakan pihak sekolah.
“Sebelum ini, saya teringin rasa aiskrim, tetapi nak beli duit tiada. Terima kasih kepada guru-guru yang memberikan saya dan kawan-kawan aiskrim percuma,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Urusan Little Bos Ice Creame, Nazil Nuhairi berkata, syarikatnya tampil memberi kerjasama selepas dihubungi pihak sekolah.
“Program ini satu projek yang baik dan merupakan satu kebajikan kepada masyarakat.
“Biarpun nampak 'simple' tetapi sekurang-kurangnya kita dapat gembirakan kanak-kanak ini,” katanya.
Sumber: Sinar Harian