PUTRAJAYA - Ketua Pengarah Jabatan Imigresen yang baharu, Datuk Seri Mustafar Ali mahu semua pegawai dan kakitangannya berintegriti kerana mereka merupakan aset jabatan bagi memastikan kecemerlangan organisasi berterusan.
Bercakap kepada pemberita pada hari pertama beliau memegang jawatan itu pada Isnin, Mustafar berkata, ia bertujuan untuk memastikan sistem penyampaian awam lebih cekap, berkesan dan terlaksana selari dengan kehendak masyarakat.
Walaupun mungkin terdapat segelintir yang salah laku, tetapi katanya, Jabatan Imigresen akan menanganinya dengan baik dan aspek menambah baik itu menjadi keutamaan.
"Kita tidak mahu nanti ada isu-isu salah tadbir, kita mahu pegawai-pegawai kita berintegriti. Walaupun ada segelintir, tetapi itu yang kita akan tangani sebagai satu elemen yang akan diutamakan.
"Ini kerana mereka merupakan aset dalam jabatan. Sumber manusia ini akan menentukan prosedur dan kelangsungan pelaksanaan kerja.
"Apa juga permasalahan seperti elemen negatif iaitu rasuah dan penyelewengan, kita melihat mereka sebagai aset dan kita hendak mengangkat aset ini ke arah lebih tinggi bagi memastikan kesinambungan kerja itu dapat ditambah baik," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Sambutan Hari Raya Jabatan Imigresen di ibu pejabat jabatan itu di sini, Isnin.
Mengenai sistem penyampaian awam, Mustafar berkata, kehendak pelanggan perlu dipenuhi dan pada masa sama, ia seharusnya dilakukan dengan terbaik dari segi prosedur operasi standard (SOP) dan pengurusan.
Katanya, jika terdapat kekangan atau masalah, dan jabatan mendapat input daripada pelbagai masyarakat, ia merupakan kekuatan untuk memastikan penambahbaikan dapat dilakukan.
"Perubahan nilai itu akan memastikan sistem penyampaian awam dapat ditambah baik. Bisnes bukan seperti biasa, kalau hari ini baik maka esok perlu lebih baik.
"Kita tidak mahu hanya sama atau statik. Kalau sekarang ini dah cemerlang, maka kita akan mempertimbangkan kecemerlangan itu untuk berterusan," katanya.
Mengulas lanjut mengenai tugas di Jabatan Imigresen, Mustafar menjelaskan bahawa komitmen dalam persekitaran kerja yang baharu ini akan diberikan dengan begitu tinggi.
"Walaupun saya dipinjamkan tetapi bila saya masuk ke organisasi ini, saya akan memberikan komitmen yang penuh dan berdedikasi dalam tindakan kita bekerja.
"Saya telah berbincang bagi meneliti dan mengkaji apakah tindakan-tindakan kita untuk dilaksanakan," katanya sambil menambah bahawa pengurusan tertinggi Jabatan Imigresen dan warga kerjanya akan bekerjasama dalam melaksanakan kerja-kerja dengan lebih cemerlang.
Pada Jumaat lalu, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa mengumumkan Mustafar yang merupakan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyandang jawatan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, berkuat kuasa 1 Ogos.
Mustafar menduduki jawatan itu yang sebelum ni disandang oleh Datuk Seri Sakib Kusmi, yang ditukarkan ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada tarikh sama.
Sumber: mStar