PELAKON Raja Ilya mengakui dirinya terkena jangkita bakteria pada Ramadan lalu sehingga menyebabkan dirinya dirawat dalam keadaan yang kritikal dan dia tidak mengehebohkan perkara tersebut kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.
Tambahnya, ekoran kesihatannya yang kritikal ketika itu, pusat perubatan swasta juga tidak mahu menerima kemasukkannya dan dia telah dimasukkan ke sebuah hospital kerajaan.
“Saya jatuh sakit yang terlalu teruk sampaikan pusat perubatan swasta tidak mahu menerima saya dan terpaksa dirawat di hospital kerajaan.
“Mereka sahkan keadaan saya sudah mencecah sehingga 50% sahaja peluang untuk hidup.
“Saya kemudian dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya selama 14 hari dan saya disahkan terkena rare bacteria infections yang mungkin berpunca dari kucing saya,” katanya kepada mStar Online.
Raja Ilya turut memberitahu bahawa dia mengalami 12 ketulan di seluruh badannya termasuk beberapa ketulan di wajahnya dan terpaksa menjalani pembedahan bagi membuang ketulan tersebut.
“Doktor kata, penyakit itu satu dalam seribu. Selain dari tekanan darah terlalu rendah, saya juga ditumbuhi 12 ketulan besar di seluruh badan dan wajah saya.
“Saya sudah membuang dua ketulan tersebut dan akan ke hospital semula bagi membuang ketulan yang lain,” tambahnya.
Raja Ilya tidak menolak kemungkinannya masalah kesihatannya itu berpunca dari perbuatan sihir dan buatan orang yang tidak berpuas hati dengannya. -Kedahnews.com