KUALA LUMPUR - Bersih 2.0 akan diberi lampu hijau untuk menganjurkan perhimpunan kelima mereka, asalkan kumpulan yang menuntut reformasi pilihan raya itu mematuhi ketetapan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis tidak mempunyai masalah untuk membantu kumpulan itu dalam hal-hal keselamatan.
"Apa yang mereka perlu lakukan adalah mematuhi peraturan Akta Perhimpunan Aman dan kami akan menyokong mereka dengan senang hati," katanya pada majlis rumah terbuka Hari Raya Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Rabu.
Pada 25 Julai, dilaporkan bahawa kumpulan itu tidak dibenarkan mengadakan perhimpunan jika ia bertujuan menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan.
Sebelum ini, Bersih difahamkan telah menganjur siri himpunan Bersih pertama, Bersih 2.0, Bersih 3.0 dan Bersih 4.0 di mana setiap perhimpunan tersebut tercemar dengan insiden ganas, provokasi melampau, fitnah dan unsur negatif di kalangan peserta yang gagal dikawal.
Himpunan tersebut turut mencetus kebimbangan di kalangan warga kota dan para peniaga di ibu negara ekoran jalan ditutup sehingga berlaku kesesakan jalan raya luar biasa selain mengganggu aktiviti cuti mingguan mereka. -Kedahnews.com