BRASILIA – Seorang lelaki di Brazil mencapai saiz badan tidak ubah seperti watak ‘Incredible Hulk’ selepas menjadi ketagih kepada suntikan minyak mineral untuk membesarkan tubuhnya.
Ahli bina badan ekstrem, Romario Dos Santos Alves mula taasub untuk membina ototnya pada usia 15 tahun, namun kecewa apabila segala usahanya untuk membesarkan badan gagal.
Ini menyebabkan dia mula mencari kaedah lain bagi mencapai cita-citanya, walaupun diketahui mengundang bahaya.
Alves yang kini berusia 26 tahun menghabiskan hampir setahun menyuntik minyak mineral ke dalam badannya sehingga tanpa disedari dia menjadi ketagih.
Malah, dia pernah menyuntik sehingga empat mililiter minyak dua kali seminggu terus ke dalam ototnya menyebabkan tangannya membesar sehingga 20 peratus dalam tempoh cuma sembilan bulan.
Dia yang kini sudah insaf mengaku tidak berfikir panjang ketika itu.
“Semakin melihat hasilnya, semakin saya kemaruk apatah lagi orang mula memuji dan menghormati saya. Memang seronok apabila kita rasa diri kita hebat,” katanya.
Namun, katanya, lama-kelamaan orang mula takut kepadanya, malah isterinya Marisangela Marinho juga bimbangkan kesihatannya sehingga mengugut meninggalkan dia jika dia tidak berhenti mengambil suntikan itu.
“Saya sendiri mula sakit-sakit dan sukar bernafas selain tiada tenaga. Malah ada doktor memberitahu mungkin tangan saya perlu dipotong kerana semua otot terlalu tegang.
“Pada masa sama isteri hamil anak sulung kami. Saya terus berazam mengatasi ketagihan itu.
“Isteri dan anak saya jauh lebih penting daripada saya kelihatan hebat,” katanya. – Agensi