Lelaki Mengaku "Paling Kacak", Dakwa Jadi "Rebutan" Gadis Cantik!


Seorang lelaki yang menggunakan akaun Facebooknya bernama ‘WayanRW’ dilaporkan  memang terkenal di media sosial.

Namun begitu, dikatakan juga tidak diketahui secara pasti siapakah dia sebenarnya melainkan informasi yang terdapat di akaun Facebooknya itu.

Tetapi yang heboh, kerana Wayan yang dipercayai berasal dari Indonesia telah mengaku secara terbuka sebagai lelaki paling kacak dan kini menjadi rebutan ramai wanita cantik.

Malah di dalam fanpagenya, WayanRW mendakwa dirinya sudah penat memiliki wajah kacak hingga menjadi rebutan gadis.

Difahamkan bahawa Wayan menobatkan diri sendiri sebagai "lelaki paling kacak" dengan alasan gambar-gambar dalam akaunnya memaparkan dia bergambar bersama ramai gadis cantik.

Bukan sekadar gambar biasa, tetapi Wayan kelihatan memeluk gadis-gadis itu.

Bagaimana? Kacak atau tidak lelaki yang bernama Wayan itu? Cuba lihat gambar-gambarnya di bawah. -Kedahnews.com