"Libya Kubu Terkuat DAESH Selepas Raqqa" - Ayob Khan


LIBYA memang disahkan kubu kedua Daesh selepas Raqqa di Syria dan Mosul di Iraq.

Raqqa dan Mosul dianggap sebagai kubu pertama berdasarkan konsep Daesh yang menyatukan kedua-dua wilayan itu sebagai Islamic State of Iraq and Levant (ISIL).

“Libya kini negara kedua Daesh. Malah memiliki 16 ribu pejuang di negara yang terpecah tiga sejak kejatuhan Muammar Gadaffi pada 2011,” kata Ketua Bahagian Counter Terorism E8 Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Maidin Pitchay.

Daesh muka bertapak di Libya selepas perang saudara yang tercetus pada 15 Februari 2011 yang membawa kepada pembunuhan Gadaffi pada 20 Oktober 2011.

Di ISIL, Mosul kini menjadi bandar terakhir dikuasai Deash di sempadan Iraq dan Syria setelah tentera Iraq berjaya merampas bandar Fallujah pada Jun lalu.

Daesh dengan kekuatan enam ribu pengganas berundur meninggalkan Fallujah setelah diserang melalui udara oleh Tentera Amerika Syarikat dan serangan darat Tentera Iraq. Semua pengganas Deash kini berkubu di Mosul yang dianggap sebagai benteng akhir di ISIL.

Di Sirte, Libya, Pentagon menganggarkan hampir 10 ribu pengganas Daesh berkumpul. Kekuatan di Sirte menjadikan Daesh menguasai sepertiga negara itu termasuk wilayah gurun.

Presiden AS, Barack Obama memberikan lampu hijau kepada Tentera Udara AS melancarkan serangan besar-besaran sejak 48 jam lalu.

“Lebih banyak serangan akan segera menyusul,” kata Jurucakap Pentagon, Peter Cook. – Kedahnews.com