Mahu Kelihatan 20'an Pada Usia 47 Tahun? Kongsi Tips Ini...


Masako Mizutani bukannya muda lagi, malah usianya sudah mencecah 47 tahun dan telah mempunyai anak perempuan berusia 24 tahun. Namun apa yang mengejutkan dia kelihatan seperti anak dara berumur 20-an.

Malah jika dia berdiri bersebelahan anak perempuannya, Masako kelihatan lebih muda dari anaknya. Dia adalah seorang model dan mempunyai ramai peminat.

Dilahirkan pada bulan September 1967, Masako merupakan salah seorang model dari Jepun yang sudah berumur namun kelihatan awet muda. Seorang lagi adalah Risa Hirako, yang juga berusia 47 tahun.

Tidak seperti Risa, Masako tidak kedekut untuk berkongsi petua awet mudanya dan rutin harian yang dilakukannya untuk mendapatkan kulit muka yang cantik, mulus serta badan yang menarik.

Masko mendedahkan dia sentiasa memastikan badannya aktif dan dia juga tidak merokok serta tidur yang mencukupi.

“Makan makanan yang betul memberikan perbezaan dalam penampilan seseorang. Kita perlu menjalani diet yang seimbang dengan hidangan 4 kali sehari.

“Makan makanan seperti buah-buahan, susu, kacang dan sayur adalah cara terbaik untuk mengekalkan kecantikan kulit,’’ katanya yang mendedahkan petua awet muda itu dalam Facebooknya.

Masako turut menekankan kepentingan minum air yang banyak bagi membuang kekotoran dan lebih penting ialah mengenakan alat solek yang betul kerana warna yang terlalu terang tidak sesuai untuk mereka yang semakin berusia.

Sebaliknya wanita yang berumur sepertinya perlu mengenakan solekan yang tidak tebal untuk kelihatan cantik dan muda sentiasa.

“Jangan lupa sapukan losyen vitamin E ke seluruh badan untuk memastikan kulit lembut,’’ katanya.

Tambahnya, pastikan muka sentiasa bersih dan disapu pelembab setiap malam sebelum masuk tidur.

Maasko yang mempunyai 93,000 peminat dalam instagramnya kini menetap di Tokyo dan sering disalah anggap sebagai berusia 20-an. - Kedahnews.com