Majoriti Netizen Gagal Cari Kucing Dalam Gambar Ini


GAMBAR dengan ilusi optik selalu membuatkan rasa ingin tahu setiap orang. Keinginan untuk teka rahsia ilusi optik menjadi alasan banyak peminat seni menghasilkan gambar berbentuk ilusi.

Misalnya gambar di atas.

Trend teka-teki seumpama ini terus menjadi trending di dunia maya khususnya di kalangan netizen dan pengguna media sosial.

Untuk teka-teki di atas  menyaksikan kita berusaha mencari seekor kucing yang dikatakan terdapat dalam gambar longgokan kayu.

Jika dipandang sepintas lalu, foto tersebut merupakan longgokan kayu biasa sahaja.

Si kucing memang cukup pintar bersembunyi. Dia ternyata berada di…?

Namun jika diperhatikan dengan teliti, kita akan dapat melihat kelibat seekor kucing sedang tidur pada salah satu belahan kayu tersebut.

Oleh kerana bulunya sama warna dengan bahagian dalam kayu tersebut menjadikannya seolah-olah ‘sebati’ dengan batang kayu yang terbelah itu.

Rata-rata netizen mengambil masa yang lama untuk mencari kucing berkenaan, malah ada dalam kalangan netizen tidak menjumpai langsung haiwan tersebut. – Kedahnews.com