Abu Bakar (kanan) dan Khalid menunjukkan tapak yang ingin didirikan ruang tambahan. |
KUALA KETIL - Masjid Kariah Tembak, Kampung Tembak A di sini, memerlukan dana berjumlah RM700,000 bagi menyiapkan binaan ruang tambahan solat.
Setiausaha masjid, Khalid Che Soh berkata, ruang masjid sedia ada tidak mampu menampung jemaah terutamanya ketika solat Jumaat dan solat sunat Hari Raya Aidilfitri.
Menurutnya, masjid ini hanya mampu memuatkan 400 jemaah dalam satu-satu masa sedangkan jumlah penduduk di kariah mencecah lebih 2,000 orang.
“Setiap kali solat Jumaat dan solat sunat Aidilfitri, jemaah terpaksa menunaikan solat di luar dari kawasan masjid. Masalah ini sudah berlarutan 10 tahun.
“Selain penduduk Kampung Tembak, penduduk dari 10 kampung berdekatan juga solat di masjid ini termasuk pelajar sekolah pondok berhampiran,” katanya.
Khalid berkata, sebagai alternatif, pihak masjid membina balai sementara bagi memberi keselesaan kepada jemaah ketika menunaikan solat.
“Selain ruang solat, kami juga perlukan dana untuk membina dewan makan, kawasan memasak dan tandas,” katanya.
Dalam pada itu, katanya, kini pihaknya sedang giat mencari dana melalui kempen di media sosial Facebook dan WhatsApp.
Menurutnya, pihak masjid juga bercadang mengumpul wakaf jariah daripada penduduk kampung bernilai RM100 secara ansuran.
“Kami akan umumkan perkara itu pada hari Jumaat minggu ini kepada jemaah.
“Selain itu, kami juga ada mengumpul dana daripada anak kariah Tembak yang bekerja di luar,” katanya.
Sementara itu, imam masjid, Abu Bakar Che Doi berkata, binaan tambahan itu disasarkan siap pada hujung tahun hadapan.
“Saya minta kerjasama daripada anak kariah yang berada di kampung ataupun di luar beri sokongan untuk membina tambahan masjid supaya siap secepat mungkin,” katanya.
Orang ramai yang ingin menyumbang boleh hubungi Abu Bakar di talian 013-4363471, Khalid (013-4353009) atau salurkan secara terus menerusi Bank Islam (02020010016323) atas nama Masjid Tembak, Kampung Tembak A.
Sumber: Sinar Harian