Mayat mangsa dibawa naik ke darat setelah dijumpai terdampar di Pantai Tengah. |
ALOR SETAR - Mayat remaja lelaki yang lemas ketika mandi bersama dua rakannya di Pantai Cenang, Langkawi petang kelmarin ditemui pada jam 12.45 tengahari, kelmarin.
Pengarah Maritim Wilayah Utara , Wilayah Maritim Utara (APMM), Laksamana Pertama Maritim Tan Kok Kwee berkata, mayat Koi Kian Boon ,21, ditemui terdampar di Pantai Tengah, Langkawi lebih kurang 22 jam selepas dilaporkan hilang dua hari lalu.
“Mangsa bersama dua rakannya ditarik arus ke tengah laut semasa mandi manda kira-kira jam 1.25 petang kelmarin namun dua rakannya itu berjaya diselamatkan oleh pengawal pantai yang berdekatan dengan lokasi kejadian ,”katanya dalam satu kenyataan, kelmarin.
Menurutnya, operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) diaktifkan pada jam 2.05 petang kelmarin sejurus menerima panggilan kecemasan daripada orang awam.
“Operasi berkenaan turut melibatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat , Polis , Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Pasukan Penyelam Tentera Laut Diraja Malaysia( TLDM ) dan orang awam.
“Bagaimanapun operasi ditangguhkan pada jam 7.40 malam kelmarin akibat ombak besar dan cuaca gelap sebelum disambung semula pada jam 7.30 pagi semalam ,”katanya.
Kok Kwee berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan seterusnya SAR ditamatkan pada jam 1 petang semalam, serta semua aset yang terlibat kembali ke penugasan masing-masing.
“Kejadian berkenaan akan menjadi iktibar kepada pelancong luar atau penduduk setempat agar lebih berhati-hati dan elakkan dari mandi manda di kawasan yang berbahaya terutamanya pada cuaca buruk.
“Pihak Maritim Malaysia berharap agar orang ramai dapat memberi kerjasama bagi menangani isu keselamatan di laut.
"Jika berlaku sebarang kejadian, Pihak Maritim boleh dihubungi terus di talian MERS 999 atau di talian 04 9662750 ( Bilik Operasi DM 1 Langkawi) ,”katanya.
Sumber: Sinar Harian