KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin membayangkan tidak salah untuk golongan muda yang belum berkahwin menjalin percintaan kerana cinta adalah rezeki daripada Allah S.W.T.
Beliau berkata, dalam riwayat Sahih Muslim, Nabi Muhammad menyebut tentang isterinya Khadijah yang ketika itu sudah pun meninggal sesungguhnya baginda direzekikan cinta.
“Jika kita mencintai ataupun dicintai, maka itu adalah rezeki. Ini kerana bukan mudah untuk dicintai ataupun mencintai.
“Ia satu ungkapan yang romantik dan menggambarkan betapa luasnya makna rezeki itu sendiri. Maka, apabila orang jatuh cinta kepada kita, itu adalah rezeki,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.
Justeru, kata, Mohd. Asri, cinta adalah rezeki kerana ada kelazatan yang tersendiri.
“Cumanya, syarak menuntut supaya manifestasi cinta itu dilaksanakan dengan jalan diizinkan oleh Allah,” katanya. –Kedahnews.com