ALOR SETAR – Kementerian Kesihatan akan terus melakukan saringan ke atas semua jemaah haji dan umrah yang pulang ke tanah air bagi mengesan wabak Sindrom Pernafasan Virus Korona Timur Tengah (MERS-CoV).
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahya berkata pihaknya menyediakan pasukan perubatan khas di semua pintu masuk antarabangsa negara sepanjang masa bagi memeriksa jemaah haji dan umrah.
“Kami akan lakukan saringan di lapangan terbang untuk kenal pasti wabak ini dan akan ambil tindakan selanjutnya jika ada (wabak).
“MERS-CoV bukan berlaku sewaktu musim haji sahaja tapi juga ketika mengerjakan umrah, jadi kami sentiasa bersedia. Kalau demam selepas balik daripada umrah atau haji, kami akan beri lebih perhatian,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Saintifik dwitahunan kali ke-10 anjuran Pertubuhan Pendidikan Perubatan Lepasan Ijazah (PGMES) di Hospital Sultanah Bahiyah di sini semalam.
Dr. Hilmi berkata walaupun ketika ini larangan melawat ladang unta sepanjang musim haji masih dikekalkan ekoran risiko jangkitan MERS-CoV, kementerian tetap memastikan pasukan perubatan yang dihantar ke Tanah Suci bersedia dengan aspek penjagaan kesihatan jemaah haji sepanjang mengerjakan ibadah itu.
Dalam pada itu, Dr. Hilmi turut menasihati jemaah haji agar mengambil langkah penjagaan kesihatan sepanjang berada di Tanah Suci terutamanya bagi menghadapi cuaca panas yang dijangka mencecah sehingga 50 darjah celcius.
“Jemaah haji dinasihatkan minum air dalam kuantiti yang banyak dan pakai topeng muka bagi mengelakkan strok haba,” katanya. – BERNAMA