PEMINAT industri hiburan hari ini dikejutkan dengan berita kereta Vellfire milik pelakon, pengacara dan penerbit, Rozita Che Wan, dilaporkan telah dicuri pagi tadi.
Perkara ini turut disahkan oleh tuan empunya badan, Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta menerusi laman Instagram.
Selain itu, Che Ta turut meminta bantuan orang ramai agar dapat menviral hal itu agar keretanya dapat dikembalikan semula.
“PERHATIAN!!!, sesiapa yang ternampak VELLFIRE WARNA HITAM NOMBOR PLAT WWQ 93 SILA HUBUNGI 012 616 0949 (afeeq) KERANA VELLFIRE MILIK @rozitachewan1 telah dicuri oleh insan yang tidak bertanggungjawab pagi tadi. Di harap semua pihak dapat repost dan membantu untuk viralkan. Semoga segalanya dipermudahkan dan Che Ta dapat semula kereta tersebut. Thank you!“ tulis dalam laman Instagram.
Sesiapa yang berjaya mengesan kereta Vellfire berwarna hitam bernombor plat WWQ 93 itu boleh menghubungi pengurusnya Afeeq di nombor 0126160949.
Sementara itu, rata-rata peminat dilihat meninggalkan komen menzahirkan rasa simpati dan berdoa agar kereta tersebut dapat ditemui. –Kedahnews.com