Motorsikal Bertembung, 2 Lelaki Maut

SUNGAI PETANI - Seorang penunggang motosikal jenis Kawasaki dan seorang lagi pembonceng motosikal jenis Modenas maut dalam satu kemalangan berlaku di Kilometer 56, Jalan Alor Setar ke Butterworth dari arah Utara, dekat sini, awal pagi, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.50 pagi itu, motosikal jenis Kawasaki ditunggang oleh Mohamad Asri Abdullah, 25, didapati merempuh sebuah motosikal dinaiki dua rakan dari arah belakang.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, kemalangan itu dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggang Mohamad Asri melanggar belakang motosikal ditunggang Musfirah Mustafa, 20, dan rakannya Noor Izzatie Juhari, 24.

“Pelanggaran itu mengakibatkan motosikal Mohamad Asri terbabas ke bahu kanan jalan manakalanya motosikal dinaiki dua rakan terbabit terbabas ke bahu kiri jalan,” katanya.

Menurutnya, Mohammad Asri mengalami kecederaan parah di bahagian kepala meninggal dunia di tempat kejadian manakala Noor Izzatie meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).

“Manakala Musfirah yang cedera parah dirujuk ke HSAH untuk mendapatkan rawatan susulan,” katanya.

Sumber: Sinar Harian