Mourinho Mahu Man United Beli Pemain Lagi


MANCHESTER – Pengurus Manchester United Jose Mourinho belum puas meskipun sudah membeli pemain sehingga wang lebih dari 150 juta pound pada musim panas ini dan ingin menambah seorang lagi pemain.

Setakat ini, Mourinho sudah mendapatkan empat pemain baru iaitu pemain tengah Paul Pogba, Henrikh Mkhitaryan, penyerang Zlatan Ibrahimovic dan pertahanan Eric Bailly.

Red Devil harus memecahkan rekod pemindahan termahal untuk mendapatkan Pogba. Mereka membayar 105 juta euro.

Bailly dan Mkhitaryan juga dibeli cukup mahal. Hanya Ibrahimovic yang diperolehi secara percuma.

Pada awalnya, Mourinho hanya meminta empat pemain baru di pasaran perpindahan musim panas ini.

Namun setelah melihat gaya pasukannya di pra musim ini dan , berubah fikiran. 

Mourinho dilaporkan ESPN yang mendesak MU untuk membeli satu pemain lagi. Pemain yang ingin pancing oleh Mourinho merupakan pertahanan tengah.

Bekas jurulatih Inter Milan itu belum berpuas hati dengan prestasi barisan pertahanannya. Mourinho ingin pemain pertahanan berpengalaman untuk bermain dengan Bailly di posisi pertahanan .

Salah satu posisi pertahanan untuk di intai Mourinho adalah Ezequiel Garay dari Zenit St Petersburg.

Sebenarnya, Mourinho mahukan pertahanan Juventus Leonardo Bonucci. Namun harga Bonucci terlalu mahal. Juventas juga berat untuk melepas pemainnya itu.

Setelah Mourinho terlebih dahulu menjual beberapa pemain yang tidak diperlukan.

Juan Mata dan Bastian Schweinsteiger menjadi calon pemain yang akan dikorbankan. -Kedahnews.com