Iklan dan papan tanda haram yang diturunkan. |
SUNGAI PETANI – Kira-kira 90 iklan dan papan tanda haram diturunkan oleh Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) dalam satu operasi di sekitar Bandar Sungai Petani, kelmarin.
Ketua Bahagian Operasi Jabatan Penguatkuasaan MPSPK, Roslin Bakar berkata, tindakan itu dilakukan berikutan kegagalan pemilik mematuhi Undang-Undang Kecil Iklan 2010 Akta Kerajaan Tempatan 1976.
Menurutnya, berdasarkan undang-undang berkenaan, seseorang tidak boleh mempamerkan atau mendirikan atau menyebabkan dipamerkan/didirikan apa-apa iklan tanpa lesen yang dikeluarkan oleh MPSPK.
"Operasi itu bermula dari jalan utama Jalan Badlishah Sungai Petani sehingga ke kawasan perniagaan Lagenda Heights.
"Selepas itu, kami juga melakukan operasi berdekatan premis perniagaan Lot 88 dan Zon Cempaka, Amanjaya,” katanya.
Roslin berkata, operasi yang disertai lapan kakitangan bermula jam 8 malam itu berakhir kira-kira 12 tengah malam.
"Operasi ini diadakan bagi menggalakkan pemilik iklan dan papan tanda mematuhi undang-undang sedia ada dengan membuat permohonan mendapatkan lesen selain meletakkan iklan atau papan tanda di kawasan sepatutnya yang diberi kebenaran.
"Selain itu, ia juga bertujuan mengelakkan daripada pertambahan bilangan papan iklan haram sekali gus mewujudkan persekitaran bersih dan terurus,” katanya.
Katanya, operasi yang dijalankan akan diteruskan secara berkala dan berterusan bukan sahaja sebagai tanda amaran kepada mana-mana pemilik yang menaikkan iklan sesuka hati, namun mencantikkan persekitaran awam terutama di kawasan selekoh dan simpang.
Sumber: Sinar Harian