"Nabi Isa" Ditahan Di Jalan Tun Razak, Diserah Pada JAWI

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang mengaku dirinya "Nabi Isa" ditahan polis di Jalan Tun Razak di sini semalam, selepas mengugut untuk membunuh beberapa pembesar negara.

Penahanan lelaki itu turut disahkan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Mohamad Roy Suhaimi Sarif kepada Bernama.

Beliau berkata suspek berusia 40-an itu telah diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk siasatan lanjut.

"Selepas Jawi menjalankan siasatan mereka, polis akan menyiasat pula suspek mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah," katanya, memetik Bernama. -Kedahnews.com