Gambar terakhir Allahyarham (berkerusi roda) bersama keluarganya di Lapangan terbang Sultan Abdul Halim. |
ALOR SETAR - Namanya sudah tertulis sebagai tetamu ALLAH bagi musim haji tahun ini, tetapi ajal terlebih dahulu menjemput Kamarulzaman Masaod Zainal.
Anak sulung beliau, Muhammad Fakhrulrazi Kamarulzaman Masaod, 22, berkata mengikut jadual ayahnya bakal berangkat ke tanah suci bersama ibunya, Siti Minah Md Lazim,49, pada awal pagi kelmarin.
“Tetapi ,kira-kira jam 3 pagi semalam saya menerima panggilan daripada ibu memberitahu ayah tidak sihat, dan mereka dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya pada ketika itu ,”katanya, ketika ditemui di Tanah Perkuburan Titi Gajah, kelmarin.
Menurutnya, sejam kemudian, ibunya memaklumkan bahawa ayahnya meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di hospital.
“Äyah memang menghidap penyakit tekanan darah tinggi, tetapi tidak begitu serius dan dia hanya mengambil ubat untuk mengawalnya ,”katanya.
Menurut Fakhrulrazi, ayahnya tidak menunjukkan sebarang perubahan ketika ahli keluarga menghantarnya dan isteri di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim kelmarin.
“Semasa di lapangan terbang ayah lebih banyak berdiam diri dan sempat berpesan agar menjaga diri dan adik-adik.
“Tetapi beberapa hari sebelum ini, ayah ada memberitahu kepada kami sekeluarga, jika sepasang suami isteri pergi menunaikan haji, tetapi suami meninggal sebelum berangkat ke tanah suci, wajib bagi isteri untuk patah balik kerana dia berada dalam tempoh edah ,”katanya.
Kamarulzaman Masaod yang berasal daripada Taman Desa Seri Emas, Kuala Nerang meninggalkan seorang balu dan empat orang anak berusia antara 14 hingga 22 tahun.
Jenazah beliau selamat sampai di kampungnya di Titi Gajah pada jam 6 petang dengan van jenazah Tabung Haji.
Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkubuan Titi Gajah pada jam 7 malam.
Sumber: Sinar Harian