JAKARTA – Gara-gara ketagih permainan video, seorang remaja Indonesia dilaporkan meninggal dunia setelah bermain tanpa henti dalam kejadian di wilayah Jawa Timur.
Naufal Hanifa Fadlurrahman, 18, ditemui mati dalam keadaan masih duduk menghadap komputernya ketika berada di sebuah kafe siber di Desa Gedeg, Mojokrto.
Tribunnews melaporkan, Ketua kampung Daerah Gedeg, Darmanto memberitahu kejadian berlaku pada lewat Jumaat lalu dan punca sebenar kematian masih tidak diketahui.
“Saya dimaklumkan mangsa mulanya nampak kejang namun disangkakan bergurau. Tetapi tiba-tiba dia sudah tidak bernyawa,” katanya.
Sementara itu, jurucakap polis berkata: “Ibu bapa mangsa yang tiba di tempat kejadian terlalu terkejut sehingga ibunya enggan membenarkan petugas Palang Merah mengangkat mayat anaknya.”
Sementara itu, seorang netizen, Budiman Hadisantoso berkata, allahyarham Naufal Hanifa ditemui masih dalam keadaan duduk tetapi sudah tidak bernyawa.
Kejadian itu mencetuskan persoalan netizen dengan ramai menganggap mangsa mengalami serangan jantung, tetapi ada juga yang mengagak remaja perempuan itu terlalu asyik bermain sehingga terlupa makan. –Kedahnews.com