Neelofa Nafi Keras Akan Nikah Dengan VIP Suami Orang

PENGACARA dan ahli perniagaan berjaya, Neelofa baru-baru ini didakwa sedang menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki yang bergelar ‘suami orang’ dan dikatakan akan menjadi isteri kedua lelaki tersebut.

Walau bagaimanapun, Neelofa tampil menafikan dakwaan bahawa dia mempunyai hubungan dengan lelaki yang juga merupakan seorang yang berstatus VIP.

“Saya tidak memerlukan lelaki itu dalam hidup saya, jauh lagi wang ringgitnya. Saya tidak memerlukan apa-apa dari lelaki tersebut dan saya baru tahu tentang cerita ini minggu lalu.

“Saya sudah jemu mendengar cerita yang sama berulang kali. Saya dikaitkan dengan lelaki itu sejak beberapa tahun yang lalu bagaikan tidak berpenghujung.

“Selalu sangat cerita ini dibangkitkan. Sebelum ada yang datang untuk mengasari saya, biar saya maklumkan, di sebalik kelembutan saya, saya juga ada perwatakan seperti lelaki.

“Saya sudah dewasa untuk melawan, jangan ingat saya tidak berupaya untuk mempertahankan diri,” katanya, memetik BH Online.

Neelofa juga menepis dakwaan yang mengatakan dia bersama dengan lelaki VIP tersebut kerana statusnya sebagai seorang lelaki yang ternama dan kaya. -Kedahnews.com