Nenek 74 Tahun Gadai Nyawa Menyelam Demi Sesuap Nasi



APABILA anda telah mencapai usia yang meningkat tua, apakah yang akan anda lakukan? Bersantai di rumah atau tetap bekerja mencari wang?

Tentu kita mahukan dalam usia tua yang sejahtera dan meraikannya dengan damai serta gembira bersama keluarga. Walau bagaimanapun, hal tersebut tidak berlaku bagi perempuan tua berasal dari Filipina ini.

Meskipun pada usia yang tua, Maria Tequill atau mesra disebut sebagai Lola Maria masih berani melakukan aktiviti berbahaya.

Demi mencari wang, dia rela menyelam dan mengambil wang syiling yang dibaling pengunjung dari atas kapal.

Portal Viral4real melaporkan, wanita berusia 74 tahun ini mempertaruhkan nyawanya sambil menyelam tanpa memakai peralatan keselamatan yang boleh menyokong dirinya.


Maria memang terkenal sebagai jaguh dan pandai mencari wang logam yang dilempar dari atas kapal. Aksinya itu menarik perhatian orang ramai khursus kepada pengguna rangkaian sosial.

Kisahnya terus tersebar hingga menjadi topik viral netizen. Menurut stesen GMA Network, mereka tidak segan membuat sebuah episod yang menayangkan kekuatan diri wanita ini untuk meringankan beban hidup keluarganya.

Video yang bertajuk ‘Mga Barya ni Lola Maria (The Coins of Grandma Maria)’ menyentuh hati banyak netizen hingga mendapatkan beribu-ribu viewer.

Maria menjadi penyelam demi mendapatkan wang logam dan dipilih sebagai jalan hidupnya untuk memberi makan keluarganya. Kehidupan sehariannya dihabiskan dengan perahu kecilnya untuk sampai ke dermaga Lucena, Filipina.

Malah dia telah lama bergelumang dengan pekerjaan ini sambil mengaku dia sering sukar bernafas manakala tubuhnya selalu penat, katanya. –Kedahnews.com