Nourul Wahab Diganggu Lelaki Gila Seks Gara-Gara Pekerja Pizza


Maklumat peribadi penyanyi Nourul Wahab, 38, telah didedahkan kepada sekumpulan lelaki gila seks oleh seorang pekerja restoran segera, gara-gara penyanyi itu terlepas menggunakan perkataan kasar semasa membuat pesanan makanan.

Nourul berkata, tindakan tidak bertanggungjawab pekerja berkenaan menyebabkan dia menerima gangguan daripada individu yang mempunyai tujuan jahat selain menerima pelbagai jenis ugutan.

Perkara ini dikongsikan penyanyi berkenaan di laman sosialnya.

“Saya ada menghubungi sebuah restoran makanan segera untuk membuat pesanan tetapi dia menjawab panggilan saya dengan nada yang tidak mesra. Saya pun terlepas menggunakan satu perkataan yang agak kasar secara tidak sengaja.

“Selepas kira-kira 1 jam saya mula dihubungi oleh orang gila seks dan mengajak saya ke hotel. Mereka juga menerima maklumat bahawa saya merupakan seorang janda,” katanya pula memetik mStar

Walau bagaimanapun, menurut Nourul, wakil dari restoran makanan segera berkenaan telahpun menghubunginya selepas dia memuat naik status di laman sosialnya pada Jumaat lalu.

Tambahnya, pihak restoran berkenaan telah meminta maaf, sedang menyiasat dan akan mengambil tindakan terhadap pekerja berkenaan. –Kedahnews.com