Seorang ibu tunggal menerima pek makanan daripada wakil peserta Charity Ride 2016 di Kampung Kemunting, Karangan baru-baru ini. |
KULIM - Seramai 50 ibu tunggal menerima sumbangan pek makanan daripada 100 penunggang motosikal berkuasa tinggi dalam program Charity Ride 2016.
Presiden NVOG, Fazrul Shahril berkata, program itu diadakan di seluruh negeri dengan berkonvoi bersama dan berhenti di setiap daerah untuk memberi sumbangan.
“Selepas daerah Baling, kami meneruskan perjalanan ke Kampung Kemunting, Karangan dan menyerahkan 50 pek makanan kepada ibu tunggang yang memerlukan.
“Kami juga berpeluang menikmati kenduri di kampung berkenaan dan bergaul dengan masyarakat setempat serta mengenali budaya setiap daerah yang dilalui,” katanya.
Katanya, program sebegini bukan sahaja dapat meluaskan pengalaman peserta malah dapat memupuk nilai-nilai kerohanian dan kemasyarakatan.
“Kami bukan hanya menyerahkan sumbangan malah kami juga aturkan beberapa ceramah agama untuk penduduk melalui penceramah terkenal dan ustaz-ustaz.
“Jadi program ini bukanlah program untuk suka-suka semata-mata tapi untuk menerapkan nilai murni di kalangan peserta dan masyarakat,” katanya.
Tambahnya, program ini akan diteruskan dari semasa ke semasa pada masa akan datang dan berharap lebih banyak masyarakat yang dapat dibantu.
Sumber: Sinar Harian