Obama Tersasul Nama "Lee Kuan Yew" Depan Hsein Loong


PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Barack Obama tersasul menyebut nama bekas perdana menteri Singapura, mendiang Lee Kuan Yew ketika menyampaikan ucapan alu-aluan selamat datang kepada Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong di White House, Washington, baru-baru ini.

Ketika menyampaikan ucapannya itu, Obama memuji pembangunan Singapura di bawah kepimpinan presiden terdahulu.

“Di bawah kepimpinan Perdana Menteri Lee Kew, er, Wan, er, Lee, Lee Kuan Yew, Singapura telah berubah dari negara membangun kepada status negara maju,” katanya.

Rombongan Perdana Menteri Singapura itu, bagi meraikan ulang tahun ke-50 kerjasama yang terjalin di antara kedua-dua negara.

Turut hadir dalam majlis itu ialah First Lady AS dan Singapura, Michelle Obama dan Ho Ching. –Kedahnews.com