KUALA LUMPUR – “Itu antara saya dan apa yang perlu diperbincangkan adalah antara saya dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Yang orang lain hendak menyibuk ambil tahu ini kenapa?”
Demikian titah Tunku Ismail Sultan Ibrahim apabila ditanya mengenai isu FAM dan `pendrive’ yang pernah dibangkitkan baginda melalui media sosial sebelum ini hingga menjadi polemik dalam kalangan peminat bola sepak tanah air.
Titah Tunku Ismail, baginda tidak akan mendedahkan orang yang memberikan maklumat yang terkandung dalam `pendrive’ tersebut kerana baginda mahu tahu cerita sebenar dan dalam masa sama menyelamatkan individu yang memberikan maklumat itu.
“Pada saya, individu yang tidak bertanggungjawab dan masih berada dalam organisasi itu sepatutnya berundur. Bagaimanapun, satu hari nanti mereka tetap akan berundur dan digantikan dengan muka baru dalam FAM dalam masa terdekat,” titah baginda dalam satu wawancara yang disiarkan di laman Facebook rasmi pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT).
Tunku Ismail dalam pada itu menjelaskan Piala Malaysia adalah piala yang berprestij tetapi ia bukan sasaran JDT pada musim ini kerana fokus utama JDT tahun ini adalah menjuarai Liga Super Malaysia dan Piala FA serta memasuki saingan Piala AFC.
Baginda dalam pada itu melahirkan kekecewaan dengan bilangan kehadiran penonton di Stadium Larkin yang berkurangan sejak kebelakangan ini berbanding sewaktu pasukan itu mula meningkat naik.
“Dulu semasa kita baru sama-sama bina kelab, saya nampak banyak potensi bahawa kelab ini boleh menjana kewangan. Dan apabila saya lihat dengan perangai penyokong, bila saya nak buat stadium 30,000-35,000, ramai bising kenapa kecil sangat? Sedangkan pada perlawanan semalam pun tak sampai 7,000 orang yang hadir.
“Ini bukan kali pertama tetapi sejak awal musim lagi saya sudah perasan. Perkara sama berlaku sejak tahun lepas. Jangan jadikan ‘waktu bekerja’ sebagai alasan kerana ketika penyokong yang memenuhi stadium pada tahun 2013 dan 2014 semuanya tidak bekerja ke?” titah baginda.
Justeru, Tunku Ismail mengingatkan para penyokong JDT jika mahu kelab itu terus kuat, mereka perlu membantu sebagai penyokong dan tidak hanya menunggu perlawanan tertentu untuk hadir ke stadium.
“Berkenaan penjualan tiket `online’, JDT sudah hampir melaksanakan proses pembelian menggunakan kaedah tersebut bagi memudahkan penyokong pada masa akan datang. Tetapi sekiranya selepas itu juga masih tidak penuh, saya rasa stadium baru nanti saya nak bina hanya untuk 10,000 orang sahaja,” titah baginda. –Kedahnews.com