Balai polis Padang Sanai mengalami sejarah hitam apabila pernah diserang komunis, tetapi berjaya dipatahkan anggota polis. |
PADANG SANAI - Tanggal Mei 1977 merupakan tarikh yang tidak dapat dilupakan penduduk Padang Sanai terutama anggota polis yang pernah berkhidmat di balai itu selepas diserang hendap anggota komunis.
Peristiwa hitam itu mencatat sejarah di daerah ini setelah bukan sahaja anggota polis yang terlibat malah isteri mereka juga turut menyambung nyawa menentang serangan anggota komunis.
Menceritakan kembali detik hitam itu, isteri anggota polis, Mahsuri Man, 53, berkata, semasa kejadian, suaminya baru sahaja masuk bertugas pada jam 12 tengah malam dengan menaiki motosikal melalui titi Sungai Padang Terap.
“Sebelum kejadian, suami saya beritahu sudah terdengar sesuatu bagaimanapun dia tidak menyangka anggota komunis sudah pun mengatur strategi bagi menawan balai polis Padang Terap.
“Ketika itu, keadaan malam sunyi, tetapi kedengaran pelbagai bunyi menyebabkan suami saya gelisah seperti sesuatu akan berlaku di dalam balai dan mungkin serangan hendap sedang diatur anggota komunis untuk mengepung balai,” katanya memulakan kisah sejarah di Padang Sanai.
Katanya, Padang Sanai merupakan kawasan hitam yang sering diganggu komunis dan ia menyebabkan anggota polis sentiasa bersedia menghadapi serangan.
Balai diserang hendap komunis
Mahsuri berkata, semasa kejadian itu, tiga anggota polis diarah mengawal balai dan terdapat enam keluarga tinggal di kuarters di belakang balai.
“Pada jam 12.30 tengah malam, anggota polis yang bertugas mendengar bunyi bising angsa milik seorang anggota polis yang diternaknya di belakang balai itu.
"Bunyi bising itu menyebabkan seorang dari anggota polis membuat rondaan di belakang balai dan rupa-rupanya mereka diserang hendap komunis setelah pagar balai digunting ,"katanya.
Dalam kejadian tidak disangka itu, tembakan dilepaskan komunis, tetapi tersasar menyebabkan anggota menjerit meminta bantuan dari rakan setugas dan rakan yang tinggal di dalam kuarters turut bangun membalas serangan komunis.
“Pada masa itu, isteri anggota polis terpaksa melindungi anak-anak mereka dalam kuarters dan bimbang komunis akan menawan balai polis itu. Ada di kalangan isteri-isteri sanggup membalut anak-anak mereka dengan tilam bagi mengelak terkena tembakan.
“ Bagaimanapun saya kagum dengan keberanian isteri ketua balai ketika itu yang sanggup mengangkat senjata menentang komunis. Walaupun tidak mendapat latihan, tetapi berbekalkan semangat, dia berjuang mempertahankan balai,” katanya yang kini menetap di Kampung Seberang Kanan , Padang Sanai.
Komunis berjaya diusir
Menurut Mahsuri lagi, serangan tersebut hampir sejam, tetapi anggota tidak lemah semangat walaupun peluru bertalu-talu melintasi atas kepala mereka sehinggalah komunis berjaya diusir dari balai.
Difahamkan, lapan anggota komunis berjaya melarikan diri melalui sungai belakang balai itu juga.
Terdapat beberapa kesan tembakan dikatakan masih lagi dapat dilihat di dinding kuarters di belakang balai polis itu kesan dari serangan berkenaan.
Kesan serangan itu, Mahsuri berkata, seluruh anggota polis dan keluarga tidak lena tidur kerana trauma dan bimbang serangan berulang sekali lagi.
Penduduk Kampung Hulu, Ibrahim Man, 64, pula berkata, semasa kejadian itu, dia berada di rumahnya dan terdengar tembakan di tengah malam hingga menimbulkan ketakutan.
Katanya, walaupun jarak rumahnya kira-kira satu kilometer dari balai, kejadian tembakan itu menyebabkan dia ingin tahu hingga mengajak bapa saudaranya, Ku Saad Ku Husin pergi ke balai polis untuk melihat apa yang berlaku.
“Semasa kami sampai, keadaan sudah tenang, tetapi anggota polis bersiap sedia bagi serangan seterusnya.
"Serangan dilakukan bagi merampas bekalan senjata yang terdapat di dalam balai polis itu ,"katanya.
Katanya, dia terharu dengan semangat anggota polis pada masa itu.
"Alhamdulillah… serangan itu tidak meragut nyawa, tetapi semangat anggota polis dan isteri mereka menentang komunis patut dijadikan contoh masyarakat hari ini,” katanya.
Sumber: Sinar Harian