Orlando Bloom Tayang "Anu" Ketika Bercuti Di Itali


PELAKON gred A Hollywood, Orlando Bloom tidak segan silu menayang kemaluannya ketika sedang bercuti di sebuah pulau di Itali, baru-baru ini.

Kekasih Katy Perry itu pada mulanya mengenakan seluar pendek sebelum melucutkannya ketika melakukan aktiviti air bersama teman wanitanya itu.


Walaupun menyedari kehadiran mereka diintai paparazi, hal tersebut sama sekali tidak menghalang Orlando untuk bebas berbogel ketika menikmati percutiannya itu.

Orlando dan Katy mula menjalin hubungan sejak Januari lalu selepas mempamerkan aksi mesra dalam satu majlis anugerah. – Kedahnews.com