Pak Ya (tengah) bersama abangnya, Hashim dan kakak iparnya, Halimah. |
ALOR SETAR - Saat mendapat perkhabaran boleh dibebaskan dari penjara, bekas banduan yang menjalani hukuman sepanjang hayat dan enam sebatan ini pengsan kerana terkejut.
Zakaria Man, 61, berkata, dia tidak menyangka akan dibebaskan pada 17 Januari lalu kerana beberapa permohonan rayuannya sebelum ini ditolak.
Menurutnya yang sudah 39 tahun menjadi penghuni penjara, permohonannya telah diterima oleh Jemaah Pengampunan Kedah pada Januari lalu.
“Saya sangat bersyukur kepada ALLAH SWT kerana doa saya selama ini telah dimakbulkan dan terima kasih kepada pihak kerana membebaskan saya bagi menjalani kehidupan baru selepas meringkuk sekian lama di dalam penjara,” katanya ketika ditemui di rumah abangnya di Kampung Padang Lalang, Alor Janggus.
Mengimbas kembali peristiwa hitam lalu, Zakaria yang lebih mesra dengan panggilan Pak Ya ditangkap oleh pihak berkuasa pada 1977 ketika berumur 21 tahun kerana kesalahan merompak kilang padi di Air Hitam dengan bersenjatakan pistol bersama rakannya.
Menurutnya, kehidupannya yang tidak mempunyai pendidikan sejak kecil lagi menyebabkan dia terdedah kepada aktiviti tidak sihat sehingga terbabit dalam kegiatan mencuri secara kecil-kecilan di sekitar pekan Alor Setar.
“Masa itu, hidup ni tidak ada hala tuju apatah lagi tidak mempunyai pendidikan agama serta buta huruf hanya sekadar tahu mengira wang sahaja. Nak senang cepat menyebabkan saya ambil keputusan merompak hingga akhirnya dijatuhi penjara sepanjang hayat pada 1980 oleh Mahkamah Tinggi Alor Setar.
“Masa mula-mula tinggal dalam penjara, rasa nak bunuh diri je sebab tertekan. Saya tak dapat jalani hidup macam orang kat luar. Siang dan malam tatap tembok dan sel besi je,” katanya.
Keseluruhan kehidupan remajanya telah dilalui di tembok batu itu dan tidak seperti remaja lain yang mengharungi pelbagai keseronokan bersama keluarga serta rakan-rakan mereka.
Hikmah di sebalik kejadian
Bagaimanapun semangat dari keluarganya, terutama abangnya, Hashim, 62, serta kakak iparnya Halimah Mat Zain, 62, banyak memberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan walaupun berada di dalam penjara.
“Alhamdulillah…dengan menyertai pelbagai aktiviti agama yang diajar oleh beberapa guru agama di sini, saya sudah mampu membaca al-Quran dan mempelajari fardu ain. Sebelum ini saya tidak mengenal ALLAH SWT apatah lagi tentang akidah.
“Sepanjang tinggal di Penjara Pokok Sena ini saya telah dilantik untuk menjadi imam bagi penghuni di penjara itu, malah turut terpilih menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah dan Anugerah Penghuni Penjara Terbaik di Penjara Pokok Sena. Paling menggembirakan saya ialah dapat mengislamkan beberapa banduan sebelum dibawa ke guru agama di penjara itu,” katanya.
Menurut Pak Ya, dia bersyukur kepada ALLAH SWT kerana kedatangannya di penjara sebenarnya bukan hanya menjalani hukuman tetapi turut dapat membaca dan menulis serta mengikuti pengajian agama di dalam penjara.
Dia menyifatkan perjalanan hidupnya di penjara banyak hikmah hingga kini mampu menguasai al-Quran dan mendalami pendidikan agama berbanding zaman remajanya dahulu.
“Walaupun dijatuhi hukuman sepanjang hayat tetapi saya tetap berusaha dengan selalu melakukan solat hajat dan mendekati rakan-rakan di dalam penjara bagi menyampaikan dakwah kepada mereka.
“Saya melakukan semua ini sebagai tanda kesyukuran kepada ALLAH SWT kerana walaupun saya pernah melakukan dosa, tetapi kini sudah mampu membantu rakan-rakan bukan Islam memeluk Islam sebagai menebus dosa lalu,” kata anak bongsu dari empat beradik itu.
Jadikan tauladan
Kepulangannya itu turut disambut oleh abangnya hingga sanggup mengadakan majlis kenduri kesyukuran.
Majlis itu turut dihidangkan pulut durian dan apam balik yang tidak dapat dinikmatinya selama 39 tahun sejak berada di dalam tirai besi.
“Pengalaman saya yang lalu diharap akan menjadi pengajaran bagi meneruskan kehidupan pada masa akan datang.
"Saya juga sedia berkongsi pengalaman yang dilalui selama ini bersama masyarakat terutamanya kepada golongan remaja supaya mereka tidak terlajak meneruskan kehidupan yang berakhir di tirai besi nanti,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Penjara Kedah, Timbalan Komisioner Penjara (TKP), Ahmad Faudzi Awang berkata, kes ini boleh dijadikan tauladan kepada masyarakat kerana kadang-kalanya setiap perbuatan yang dilakukan adalah di luar kawalan.
“Bagi Zakaria dia hanya menggunakan senjata api dalam usia yang sangat muda dan tidak memikirkan kesan yang akan dihadapinya. Bagaimanapun selepas dijatuhi hukuman sepanjang hayat dia bernasib baik kerana telah mendapat kebebasan dari Jemaah Pengampunan.
“Semasa di dalam penjara Zakaria merupakan penghuni yang baik dan pernah menerima pelbagai anugerah . Disamping itu dia juga turut mengikuti kuliah agama hingga terdapat banyak perubahan kepada dirinya itu,” katanya.
Sumber: Sinar Harian