KUALA LUMPUR – PAS Pusat memuji langkah kerajaan memperkenalkan Simpanan Syariah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk rakyat negara ini.
Ketua Penerangannya, Nasrudin Hassan berkata, usaha itu menunjukkan kesediaan kerajaan memastikan aspek patuh syariah ditegakkan dalam skim simpanan wang persaraan pekerja di negara ini.
“Umat Islam menyambut baik dan memberi sokongan kepada usaha ini yang boleh dilihat sebaik pengumuman mengenainya dibuat dan setelah kaunter pendaftaran mula dibuka semalam.
“Orang-orang bukan Islam turut menunjukkan minat dan menyertai skim Simpanan Shariah ini kerana yakin dengan kebolehan dan keberkesanannya,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.
Nasrudin berkata, PAS Pusat meyakini bahawa aspek patuh syariah itu akan minat dan sokongan pelbagai pihak dan seluruh rakyat Malaysia.
“Saya percaya bahawa dogma ‘patuh syariah’ akan menyebabkan masalah dalam kalangan orang bukan Islam adalah tidak benar dan sudah lagi tidak wujud kerana ‘patuh syariah’ adalah rahmat untuk semua,” katanya. – Kedahnews.com