Pembantu Rumah Zizie Ezette Ditahan Polis


AKIBAT tindakan memuat naik sekeping gambar mata wang asing di laman Facebook, pembantu rumah kepada Zizie Ezette menerima padah apabila dia ditahan sepasukan polis di rumah selebriti itu di Taman Seri Ukay, Ampang Jaya, kira-kira 10.30 malam pada Rabu.

Penangkapan wanita warga Indonesia itu dibuat setelah pihak polis menerima laporan daripada aktres terkenal itu berhubung kehilangan pelbagai mata wang asing miliknya sendiri.

Perkara ini turut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias.

Hamzah berkata, pembongkaran kehilangan wang itu awalnya disedari oleh pembantu peribadi Zizie pada 9 0gos apabila suspek memuat naik gambar mata wang asing.

Jelasnya, hal itu sekali gus membuatkan pembantu peribadinya memaklumkan kepada mangsa juga isteri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Sabah, Datuk Bung Moktar Radin.

Dalam pada itu, Zizie yang berada di luar negara menafikan dia memberi wang kepada orang gajinya sebelum mengarahkan pembantu peribadinya memeriksa bilik suspek. –Kedahnews.com