Mohd Azam (duduk, tengah) pada sidang media selepas membuat laporan SPRM. |
ALOR SETAR - Dewan Pemuda Pas Kedah mahu siasatan dilakukan terhadap projek menaik taraf Loji Rawatan Air Kuala Nerang yang terletak di Kampung Mani, kerana dipercayai berlaku penyelewengan dana kerajaan Persekutuan.
Ketuanya, Mohd Azam Abd Samat berkata, projek itu menimbulkan keraguan kerana didakwa tidak mengikut spesifikasi ditetapkan, apabila loji yang siap dibaik pulih pada Mei 2014 itu tidak berjaya menyelesaikan masalah bekalan air.
“Kerajaan Negeri mengumumkan kos projek naik taraf Loji Rawatan Air Kuala Nerang bernilai RM12.5 juta, dilaksanakan 2013 dan sepatutnya siap menjelang Januari 2014, namun tertangguh sehingga Mei,” katanya, selepas membuat laporan berkaitan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah, semalam.
Menurutnya, projek bawah peruntukan Kementerian Pembangunan Luar Bandar & Wilayah itu mampu menangani masalah bekalan air melibatkan lebih 50,000 penduduk Padang Terap.
“Namun sebaliknya, apabila loji siap masalah bekalan air masih berlaku. Keadaan sebelum dan selepas loji siap sama sahaja, tiada perubahan. Penduduk masih tidak terima bekalan air sempurna di mana Padang Terap antara kawasan kritikal berdepan masalah air ketika Aidilfitri lalu melibatkan lebih 30 buah kampung,” katanya.
Mohd Azam berkata, berdasarkan anggaran dinyatakan kerajaan negeri dalam Sidang Dun Kedah pada Mei 2010, anggaran kos membina sebuah loji rawatan air berkapasiti 1 juta liter padu (mld) adalah RM1juta.
“Perbelanjaan sebanyak RM12.5 juta sepatutnya mampu meningkatkan kapasiti pengeluaran air sebanyak 12mld, menjadikan kapasiti bekalan mencecah 22mld sehari berbanding 8 mld sehari, sebelum dibaik pulih. Namun loji yang dinaik taraf itu tidak menunjukkan sebarang peningkatan pengeluaran,” katanya.
Menurutnya, difahamkan ia berpunca daripada infrastruktur dan peralatan baharu yang dipasang dalam kerja-kerja menaik taraf loji itu tidak berfungsi.
Mohd Azam berkata, kos pembinaan juga dikatakan melonjak kepada RM26 juta berdasarkan kepada tuntutan oleh kontraktor terlibat.
“Projek ini juga didakwa diberikan secara rundingan terus kepada syarikat terbabit. Projek ini menelan kos tinggi namun tidak menepati spesifikasi menyebabkan tidak dapat menyelesaikan masalah air penduduk Padang Terap,” katanya.
Sehubungan itu, pihaknya mohon SPRM melakukan siasatan menyeluruh bagi memastikan sama ada wujud unsur penyelewengan dalam projek berkenaan.
“Saya juga ingin mendapatkan penjelasan Exco Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Datuk Badrol Hisham Hashim yang juga Adun Kuala Nerang, diharap dapat perincikan pada Sidang Dun ini,” katanya.
Mohd Azam berkata, pihaknya turut berharap kerajaan negeri akan memohon geran untuk prasarana pembekalan air pada masa akan datang, bagi mengelak pembayaran balik sekiranya membuat pinjaman.
Sebelum ini, pada 2010, Dewan Pemuda Pas Kedah turut membuat laporan SPRM berhubung pembinaan Loji Rawatan Air Lubuk Buntar, berkapasiti 25 juta liter bernilai RM25 juta, tetapi melonjak RM65 juta. Manakala Loji Rawatan Air Padang Sanai bernilai RM50 juta melambung kepada RM155 juta.
Sumber: Sinar Harian