Hidup berumah tangga sememangnya mampu membuat kehidupan kita lebih sempurna dan mengecap pahala melalui ibadah sunnah itu, namun usah sekali-sekali dilupakan cabaran yang bakal dilalui di masa hadapan.
Banyak perkara yang perlu diambil kira di zaman ini terutamanya dalam membuat keputusan selepas berumah tangga, di mana setiap pasangan perlu mengamalkan sikap toleransi, saling memahami dan menerima segala kekurangan.
Namun tidak semuanya kisah rumah tangga berkekalan hingga ke akhir hayat, malah ramai yang akhirnya terpisah sama ada kerana kematian, penceraian dan sebagainya.
Baru-baru ini, seorang wanita berkongsikan kisahnya agar ia dapat dijadikan pengajaran buat golongan wanita-wanita di luar sana untuk menabung dan mempunyai perancangan kewangan yang baik walaupun sudah berkahwin.
Sila ikuti kisahnya yang dikongsikan oleh Harith Faisal di bawah bagi manfaat dan peringatan kepada golongan Hawa di negara kita. -Kedahnews.com
Simpan Duit Walau Dah Berkahwin, Pengajaran Buat WanitaSalam Harith Faisal. Pertama, saya kagum dengan awak yang sangat bijak merancang kewangan. Saya masa bujang dulu sangat pandai menyimpan duit. Tetapi tak pandai invest duit. Dulu gaji kecil saja tetapi banyak saving.Beberapa bulan lagi nak kahwin, bakal suami merancang mahu membeli rumah untuk didiami pada masa akan datang selepas kahwin, kononnya. Masa itu, pendapatan kami berdua digabung mungkin RM6,500 pada tahun 2010.Kami mampu membeli sebuah kondo berharga RM279k tanpa sebarang downpayment kerana pihak pemaju beri diskaun 10% untuk unit bumiputera. Saya guna cash yang disimpan untuk majlis kahwin dan belanja rumah masa baru-baru kahwin untuk support suami.Selepas 3 tahun berkahwin, saya perasan suami sudah mula berubah dan pada masa itu saya sudah tidak mempunyai simpanan yang banyak kerana hampir setiap bulan saya menanggung suami, keperluan dapur, belanja anak, rumah dan kereta suami.Apabila suami mendapat pekerjaan baru dan gaji banyak, dia enjoy sakan. Selepas 4 tahun kami berkahwin, akhirnya kami secara rasminya berpisah pada Februari 2016. Saya tiada menanggung hutang yang lain kecuali PTPTN yang hanya tinggal 50% lagi untuk dibayar.Kereta beli 2015, Honda Jazz, sebab bekas suami kata dia support RM500 setiap bulan. Jadi saya hanya topup separuh lagi. Jadi sekarang, saya kena bayar duit sewa rumah, kereta dan semua duit belanja lain-lain sendiri.Mujurlah bekas suami masih lagi memberi duit nafkah kepada anak. Jadi, tak adalah terbeban sangat. Sekarang saya buat ASB Financing mengikut apa yang diajar oleh Harith Faisal di Facebook.Rumah yang kami beli itu dalam proses untuk dijual sebagai harta sepencarian. Keuntungan akan dibahagikan separuh. Harga semasa bagi rumah itu sekarang ialah RM500K. Jadi, keuntungan inshaAllah dalam RM100 seorang, tolak dengan semua kos lain.Saya kongsi cerita ini agar Harith Faisal dapat menasihatkan pada semua kaum perempuan di luar sana. Jangan tidak menyimpan duit dan leka. Adalah perlu kaum perempuan membuat perancangan untuk menghadapi masa depan yang tidak dapat dijangkakan.Sekarang bekas suami ada hutang kad kredit sebanyak RM30,000 sebab enjoy dengan perempuan lain, RM20,000 hutang pinjaman peribadi untuk kahwin, nafkah bulanan anak RM1,500, kereta dia, kereta parents dia dan banyak lagi.Allah akan membalas semua tindakan kita. Walaupun gaji banyak tetapi kalau buat aniaya pada isteri dan anak, Allah akan beri kesempitan rezeki pada kita.Kongsikanlah cerita ini di page awak dan hide nama saya kerana ramai yang tidak tahu akan status hubungan kami. Bekas suami akan malu kalau saya tunjukkan bukti kecurangan dan perempuan-perempuan yang ada dengan dia sepanjang perkahwinan kami.